Bab 3 > Larangan Mempersendakan Agama

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُواْ دِينَهُمْ لَعِباً وَلَهْواً وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللّهِ وَلِيٌّ وَلاَ شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لاَّ يُؤْخَذْ مِنْهَا أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُواْ بِمَا كَسَبُواْ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُواْ يَكْفُرُونَ
(Surah al-An'am,ayat 70)
Maksudnya :Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quraan itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa'at selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu

Intisari Ayat
Ditujukan pada kaum musyrik dan munafik yang benci dengan Islam.Merupakan ancaman Allah S.W.T,disampaikan melalui Rasulullah S.A.W di atas sikap mereka yang sering mempersendakan agama Islam.Tidak terhad pada golongan musyrik dan munafik malah pada semua kaum dan bila-bila masa.

Larangan Mempersendakan Agama
  1. Golongan musyrik dan munafik benci ajaran Islam
  2. Sering mempersendakan Rasulullah S.A.W dan Islam.Allah S.W.T perintahkan Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan ancaman kepada mereka
  3. Mempersendakan agama Islam melalui lisan atau perbuatan yang merendahkan martabat agama.Contoh bangga apabila melanggar larangan Allah S.W.T
  4. Seorang Islam yang melanggar Hukum syariah : Tidak solat dan makan di siang hari pada bulan ramadhan
Langkah-langkah yang perlu untuk menjamin keutuhan Umat Islam
  • Mempertingkatkan penguasaan sains dan teknologi
  • Memperkuatkan pertahanan negara
  • Memperteguhkan ekonomi
  • Melengkapkan diri dengan kemahiran