Bab 4 > Hidayah Milik Allah

فَمَن يُرِدِ اللّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلاَمِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقاً حَرَجاً كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاء كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ
(Surah al-An'am,ayat 125)
Maksudnya : Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.

Hidayah Milik Allah SWT
  1. Hidayah ialah cahaya petunjuk Allah SWT daripada kufur kepada beriman
  2. Allah SWT berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya
  3. Manusia perlu berusaha untuk mendapatkannya
Memohon Hidayah Allah SWT
Sentiasa berdoa
  • Sentiasa berdoa agar diberi petunjuk dalam kehidupan ini
  • Sentiasa bersyukur dan merendah diri pada Allah
Bersihkan jiwa melalui ibadat
  • Melakukan ibadat wajib dan sunat
  • Misalnya,selain solat wajib,kita juga boleh mengamalkan solat sunat di tengah malam
Berakhlak mulia
  • Kita hendaklah mengamalkan akhlak mulia sesama makhluk
  • Antara contoh akhlak mulia ialah bersedekah,membaca al-quran,tidak melawan ibu bapa dan guru dan sebagainya
Laksana perintah Allah
  • Melakukan segala suruhanNya seperti solat,berpuasa dan sebagainya ibadat yang wajib mahupun yang sunat
  • Meninggalkan segala larangan seperti minum arak,berzina,berjudi dan lain-lain
Guna akal fikiran mengetahui rahsia dan keEsaan Allah
  • Berfikir tentang segala ciptaan Allah seperti kejadian alam dan manusia
  • Mengkaji dan meneroka tanda-tanda kebesaran Allah
  • Cara ini dapat mengetahui rahsia dan bukti kewujudan dan keEsaan Allah
Tugas Menyampaikan Dakwah Islamiah
  1. Berdakwah adalah ditugaskan kepada seluruh umat Islam
  2. Dilaksanakan mengikut kemampuan
  3. Dilaksanakan dengan betul dan berhikmah
  4. Tujuan berdakwah ialah mengajak orang bukan Islam menerima kebenaran Islam dan menyebarkan ilmu agama dan mengajak umat Islam memelihara kesucian Islam
Kesan Hidayah Kepada Manusia
  1. Beriman kepada Allah SWT
  2. Amalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah meningkat
  3. Berbuat baik,meninggalkan perbuatan mungkar
  4. Terdorong melakukan amar makhruf dan nahi mungkar
  5. Tetap beriman walaupun diseksa atau diberi kesenangan supaya meninggalkan Islam
  6. Gembira dan tenang menjalankan perintah Allah SWT
Manusia tidak berkuasa memberi Hidayah
Hanya Allah SWT yang berkuasa memberi hidayah
  • Tanda-tanda orang mendapat hidayah
  1. Jiwa cenderung pada akhirat
  2. Menjauhi tipu daya keduniaan
  3. Bersiap sedia hadapi kematian
Manusia perlu berusaha mendapatkannya,misalnya dengan cara beriman pada Allah SWT
  • Tanda-tanda orang yang sesat
  1. Menolak apabila diajak berfikir tentang kebesaran Allah SWT
  2. Menganggap Islam sebagai beban
  3. Mencari jalan menggangu perkembangan Islam