Tingkatan 4: Tilawah al-Quran : Bab 1 > Manusia perlu bersyukur

أَلَمْ يَرَوْاْ كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّن لَّكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاء عَلَيْهِم مِّدْرَاراً وَجَعَلْنَا الأَنْهَارَ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَنْشَأْنَا مِن بَعْدِهِمْ قَرْناً آخَرِينَ
(Surah al-An'am,6)
Maksudnya : Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain

Intisari Ayat
Kaum Musyrikin Mekah menolak kebenaran Islam.Lalu Allah mengingatkan mereka supaya mengambil iktibar daripada kisah kaum terdahulu yang menikmati pelbagai nikmat Tuhan tetapi tidak bersyukur,akhirnya dibinasakan dan diganti dengan kaum lain.

Mensyukuri Nikmat Allah
Allah mengurniakan pelbagai nikmat kepada khalifahNya di muka bumi.Allah pernah berfirman :

وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
(Surah Ibrahim,34)
Maksudnya : Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni'mat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari
(ni'mat Allah).

Nikmat Allah S.W.T
  1. Kemakmuran
  2. Iman
  3. Kemerdekaan
  4. Keamanan
  5. Kesempurnaan Fizikal
  6. Akal
  7. Kesihatan
  8. Islam
Kemusnahan Kaum Ad,Thamud dan Lut menjadi Iktibar
Kaum 'Ad
  • Diberi nikmat tanah dan hasil tanaman tetapi menolak ajaran Nabi Hud A.S dan kufur
  • Dibinasakan oleh puting beliung
  • Musnah harta dan diri
Kaum Thamud
  • Diberi kekayaan.Angkuh dan menuduh Nabi Saleh A.S pendusta
  • Dibinasakan dengan halilintar dan gemba bumi (dahsyat)
Kaum Lut
  • Diberi kemewahan.Menolak ajaran Nabi Lut A.S dan melakukan hubungan sejenis
  • Dibinasakan dengan menterbalikkan negeri mereka
Manusia sebagai Khalifah Allah
  1. Melaksanakan perintah Allah contoh menegakkan agama Allah
  2. Menjauhi tindakan merosak dan memusnahkan kehidupan
  3. Menerima balasan apabila gagal
  4. Allah kurniakan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat apabila berjaya
Cara Bersyukur
  1. Hati                     > Sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat
  2. Lidah                  >Ucapkan ketika mendapat nikmat
  3. Anggota badan >Gunakan nikmat untuk kebaikan